Kepada tempatan sekalian!
Marila kita bergabung untuk menaikan taraf tempatan.
Tiada perpecahan dalam bangsa sendiri.
Tiada irihati terhadap kemajuan bangsa sendiri.
Tiada kutukan dan cacian kepada bangsa sendiri.
Kerana bangsa tempatan memang terkenal dengan irihati, cerita belakang, menjatuhkan kawan yang berjaya dan sebagainya.
Tetapi bangsa tempatan juga terkenal dengan
Sopan santun (sekarang sudah jarang... selalu mendengar makian dari pujian),
Bantu-membantu (sekarang tiada lagi.. lebih rela bayar orang luar dari panggil sahabat handai dan saudara mara),
Tegur menegur (sekarang amat jarang.. lalu depan mata buat-buat tak nampak, takut sembang melarut),
Tidak kenal putus asa (sekarang mereka cepat mengalah dan melatah.. takut mengambil risiko untuk maju).
Oleh itu! wahai bangsa tempatan.. Mulakan dengan mengguna bahasa melayu jika berinteraksi sesama bangsa, bersopan pada yang tua, bantu-membantu kepada yang kurang perngalaman, tegur menegur kepada sesama bangsa walaupun tak pernah jumpa, jangan berputus asa jika ada halangan dihadapan.
Teruskan usaha anda dalam apa jua lapangan, baik graffiti, baju-t, musik, berniaga, menari, memanjat, melompat, menyelam, meniarap, merangkak, berguling dan sebagainya..
Jangan biarkan bangsa sendiri menjadi peminta sedekah dibumi sendiri!!
No comments:
Post a Comment